GEORGE TOWN: Seorang penjaga bangunan berlari dan melompat pagar sebuah rumah dengan tubuhnya melecur akibat disambar api dalam kebakaran di Jalan Penang di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lebuh Pantai, Muzzamer Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pada jam 3.10 petang, mangsa yang berusia lingkungan 40-an itu bertindak sedemikian untuk meminta pertolongan selepas tubuhnya disambar api.
Menurutnya, mangsa dikatakan berlari kira-kira 100 meter ke kedai berhampiran sebelum orang ramai yang ternampak kejadian membantu memadam api di tubuhnya.
Katanya, ketika kejadian, mangsa bersama rakannya yang juga penjaga bangunan namun rakannya itu berjaya melarikan diri.
"Kami terima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.15 petang.
"Setelah tiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat kelas A berkeluasan 30×200 kaki persegi.
"Ia merupakan rumah kedai lama (warisan) dengan bahagian belakangnya dijadikan rumah pekerja.
"Kebakaran berlaku di bahagian bilik di tingkat bawah bangunan dan anggaran kemusnahan kebakaran adalah 20 peratus," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Katanya, kebakaran dapat dikawal pada jam 3.51 petang oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai dengan bantuan dari BBP Jalan Perak.
"Mangsa melecur sehingga 60 peratus di bahagian tubuhnya. Dia dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.
"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Artikel Penuh : Lelaki disambar api lompat pagar minta tolong
Sinar Harian
Sun Jul 25 2021
Mangsa yang mengalami melecur 60 peratus pada tubuhnya dibawa ke HPP untuk rawatan lanjut. -Foto Sinar Harian
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Suami Syura melecur teruk akibat letupan tong gas
Suami kepada penyanyi Syura Badron, Muhammad Farizat Ismail, melecur teruk sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital akibat letupan tong gas.
Ramai mangsa melecur teruk, hilang anggota badan dalam serangan di sekolah Gaza
Bilangan kematian dijangka meningkat kerana ramai mangsa berada dalam keadaan kritikal di bilik pembedahan hospital.
73 hilang tempat tinggal, lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat
Tujuh puluh tiga orang hilang tempat tinggal selepas lima buah rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat, Jalan Kuala Lawas, Lawas lewat petang tadi.
Bomba jalan kaki 1km padam kebakaran di Menggatal
Pasukan bomba daripada BBP Kota Kinabalu serta BBP Lintas terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer sebelum dapat memulakan operasi memadam kebakaran di Kampung Saga, Menggatal, di sini hari ini.
Dua individu bertengkar sebelum melecur dalam kebakaran dua kenderaan
ACP Yahaya berkata, sebelum kebakaran berlaku, seorang saksi mendengar pertengkaran di antara kedua-dua mangsa.
Insiden bilik jana kuasa, ibu tahu anak melecur dari kumpulan WhatsApp
Ibu mangsa terkejut mendapati rakaman video dikongsi di dalam kumpulan itu adalah mengenai anaknya, sebelum bergegas pulang sekitar 5 petang.
Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah panjang 36 pintu
Rumah panjang tersebut dihuni sekitar 189 penduduk, tetapi ramai yang tidak berada di lokasi kejadian ketika insiden.
Dua beradik melecur dalam kebakaran rumah
Dua beradik melecur pada bahagian tangan dan badan ketika cuba menyelamatkan diri selepas kediaman mereka terbakar.
Tong gas meletup punca tiga beranak melecur
Dua tabung gas oksigen meletup punca mengakibatkan tiga beranak terbakar dan melecur dalam kejadian di Taman Industri Ringan Sri Mergong.