KOTA MARUDU: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipercayai diserang sawan ditemukan meninggal dunia di dalam parit Pekan Gosyen di sini pada Khamis.
Mayat Rainol Majangkir, 37, ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 2 petang sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, sepasukan polis bersama pegawai perubatan dikejar ke lokasi kejadian dan mangsa disahkan telah meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kota Marudu.
"Pemeriksaan fizikal oleh pegawai perubatan tidak menemui sebarang kesan kecederaan dan mangsa dipercayai diserang sawan sebelum terjatuh ke dalam parit.
"Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati dalam keadaan tergigit lidah dan kejang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Hasil siasatan lanjut, Zairolnizal berkata, mangsa merupakan seorang OKU kategori masalah pembelajaran dan mempunyai sejarah penyakit sawan sejak kecil.
"Abang mangsa mengesahkan mayat yang ditemui merupakan ahli keluarganya dan menurut keterangan awal, hampir setiap hari adiknya itu akan keluar merayau berjalan kaki ke Pekan Kota Marudu.
"Mangsa akan keluar sebelah pagi dan balik ke rumah pada waktu petang.
"Mangsa juga beberapa kali diserang sawan semasa keluar dari rumah dan di pekan.
"Ketika kejadian, mangsa keluar dari rumah pada jam 8 pagi dengan berjalan kaki ke pekan sebelum ditemui orang awam di dalam parit terbabit," katanya.
Sehubungan itu, Zairolnizal berkata, tiada sebarang keterangan boleh mengaitkan dengan sebarang unsur jenayah.
"Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 07 2023
Mayat mangsa ditemukan dalam parit oleh orang awam di Pekan Gosyen, Kota Marudu. -Foto Sinar Harian
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Lelaki OKU mengaku tidak bersalah pukul isteri dengan penyapu
Seorang lelaki OKU mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan sebatang penyapu.
Lelaki diserang sawan ditemui mati dalam parit
Mayat Rainol Majangkir, 37, ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 2 petang sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.
Lelaki OKU hilang ketika main air banjir
Kehilangan Muhamad Faizal Abd Rahman disedari oleh ibunya Che Fatimah Che Kob, 62, pada jam 9 pagi.
Kereta rempuh kedai makan, tukang masak maut
Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) merempuh kedai makan menyebabkan seorang tukang masak maut.