KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes melontar 'molotov cocktail' sehingga menyebabkan kebakaran kenderaan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung pada Rabu lalu.
Lelaki terbabit ditahan di Shah Alam, Selangor pada jam 4 pagi Jumaat.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya turut merampas dua buah telefon bimbit dipercayai milik lelaki berusia lingkungan 30-an itu.
"Suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohs Yusri menambah kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 14 tahun dan denda.
Dalam masa sama, beliau berkata polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi Rabu lalu, pemimpin DAP terbabit bersama ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Astro Awani
Fri Jan 12 2024
Mohd Yusri berkata pihaknya turut merampas dua buah telefon bimbit dipercayai milik lelaki berusia 30-an itu. - Gambar fail/Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Enam cedera serangan Dron Russia di wilayah Kharkiv, Dnipro
Russia melancarkan serangan dron ke atas wilayah Kharkiv dan Dnipro di Ukraine, sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang cedera dan kerosakan infrastruktur kritikal pada bangunan komersial dan kediaman, kata pegawai wilayah.
Lebih 80 migran diselamatkan di luar pantai Libya
87 migran termasuk wanita dan kanak-kanak diselamatkan pihak berkuasa Itali di laut Mediterranean, di luar pantai Libya.
Bot dinaiki mereka berlayar dari Zawiya, Libya dikatakan penuh sesak selain dimasuki air ketika dipintas pihak berkuasa.
Bot dinaiki mereka berlayar dari Zawiya, Libya dikatakan penuh sesak selain dimasuki air ketika dipintas pihak berkuasa.
Kendall rasai sendiri ujian jet pejuang F-16 menggunakan AI
Sebuah jet pejuang F-16 bagi tujuan ujian yang membawa Setiausaha Tentera Udara Frank Kendall mencipta sejarah apabila dikawal sepenuhnya teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Kendall berkata beliau cukup yakin dengan keupayaan AI termasuk melancarkan serangan.
Kendall berkata beliau cukup yakin dengan keupayaan AI termasuk melancarkan serangan.
Polis Kanada dakwa tiga individu
Polis Kanada menahan dan mendakwa tiga lelaki India pada Jumaat atas pembunuhan Ketua Pemisah Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lalu.
Dakwa India negara xenofobia, Menteri Luar sangkal kenyataan Biden
Biden berkata Jepun dan India, bersama Rusia dan China adalah negara xenofobia yang tidak mahu menerima imigran.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Lelaki ditahan berhubung kes lontar 'molotov cocktail' ke rumah Ngeh
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kebakaran kenderaan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham di Shah Alam, Selangor pada jam 4 pagi Jumaat.