awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan bunuh sepupu

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
22/10/2017
05:39 MYT
Lelaki ditahan bunuh sepupu
Pandangan hadapan rumah mangsa (gambar kecil) di Taman Temerloh Makmur, Temerloh. Gambar ihsan PDRM.
Seorang pekerja kedai cuci kereta ditahan selepas dipercayai membunuh sepupunya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Temerloh Makmur, Temerloh, malam tadi.
Kejadian jam 9.40 malam itu menyebabkan mangsa, Robiatul Ain Mohamod, 27, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).
Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood, suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira sejam kemudian di sebuah rumah kosong, 70 meter dari tempat kejadian.
Katanya, dalam kejadian itu, mangsa ditemui berlumuran darah oleh ahli keluarganya selepas dihubungi jiran yang mendengar bunyi bising dari rumah berkenaan.
"Mereka kemudian menghantar mangsa ke HOSHAS, namun disahkan meninggal dunia. Siasatan mendapati mangsa ditikam di muka dan bahu.
"Polis juga menemui sebilah gunting dan pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian pembunuhan, di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati, kes berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa yang menuduhnya mencuri dan menghisap dadah di dalam rumahnya.
"Mangsa juga adalah anak anggota polis yang bertugas di Balai Polis Temerloh. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Dadah
#meninggal dunia
#polis
#sepupu
#suspek
#tikam
#Zundin Mahmood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan