awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan ceroboh stor surau

Sinar Harian
Sinar Harian
21/08/2022
04:57 MYT
Lelaki ditahan ceroboh stor surau
Suspek ditemui sedang tidur di lantai berhampiran stor sebuah surau di Taman Keramat pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
AMPANG: Seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan kerana menceroboh stor sebuah surau di Taman Keramat di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, salah seorang ahli jawatankuasa surau berkenaan telah menerima pesanan daripada kumpulan WhatsApp mengenai kejadian surau dipecah masuk pada jam 7.30 pagi.
Menurutnya, pengadu telah buat pemeriksaan di surau 10 minit kemudian dan mendapati kesan umpil di bahagian pintu stor, tombol serta mangga telah dirosakkan selain keadaan di dalam surau berselerak.
"Berdasarkan maklumat, polis menahan suspek di pekarangan surau tersebut pada jam 3 petang.
"Suspek berusia 47 tahun itu ditemui sedang tidur di lantai dekat stor surau berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki dua rekod dadah dan masih dikehendaki.
"Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
"Keterangan awal, suspek menceroboh stor surau tersebut kerana mahu mencari makanan," katanya.
Tambahnya, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun keseksaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#stor surau
#Taman Keramat
#Mohamad Farouk Eshak
#pecah masuk surau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan