awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan dipercayai jual biskut kanabis

Bernama
Bernama
13/06/2022
21:30 MYT
Lelaki ditahan dipercayai jual biskut kanabis
Beh berkata lelaki berusia 21 tahun itu didapati hanya menjual biskut berperisa kanabis itu menerusi media sosial kepada individu tertentu dan berminat sahaja. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjual dadah berbentuk biskut secara dalam talian di sebuah kondominium di Bandar Manjalara, Kepong, di sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 21 tahun itu didapati hanya menjual biskut berperisa kanabis itu menerusi media sosial kepada individu tertentu dan berminat sahaja.
"Kami menyerbu kondominium berkenaan dan menemukan dua bungkus kertas berpelekat 'Happiness Begins With A Wonder Cake'.
"Pemeriksaan mendapati biskut berkenaan dihasilkan di sekitar Lembah Klang dan dijual pada harga RM100 dengan mengandungi enam keping bagi sebungkus seberat 230 gram," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada Isnin.
Beh berkata hasil soal siasat ke atas lelaki itu, polis menahan enam lagi lelaki keesokannya di kondominium sama dan Jalan Lintang, Batu Caves, dekat sini.
"Polis merampas dadah antaranya kanabis seberat 25.15 kilogram, pil ekstasi seberat 2.86 kilogram, ganja seberat 83.4 gram, wang tunai RM6,000 serta lima barangan kemas dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM248,490," katanya.
Beh berkata ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada lelaki berkenaan positif dadah jenis THC manakala empat daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kesemuanya akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#biskut kanabis
#operasi polis
#Bandar Manjalara
#IPD Sentul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan