awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
Hutan di kaki Bukit Bendera dan tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan disyaki hina, tularkan gambar anggota polis

Bernama
Bernama
17/02/2018
20:40 MYT
Lelaki ditahan disyaki hina, tularkan gambar anggota polis
Lelaki itu didakwa merakam gambar semasa disaman dan menularkannya kerana ingin menjatuhkan imej polis. - Gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan di Bandar Baru Selayang, Batu Caves di sini, pada Sabtu kerana disyaki menghina dan menularkan gambar seorang anggota polis di laman sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira 2.10 pagi.
Beliau berkata lelaki itu didakwa merakam gambar semasa disaman dan menularkannya kerana ingin menjatuhkan imej polis selepas tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadapnya.
"Polis merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan," kata Mohamed Rafiq dalam kenyataan malam Sabtu.
Semasa rondaan di sekitar Taman Desa Bakti di sini, anggota polis berkenaan menahan lelaki itu kira-kira 6.30 petang kerana tidak memakai topi keledar sebelum mengeluarkan saman terhadapnya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bandar Baru Selayang
#Batu Caves
#hina
#Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa
#polis
#Tahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan