awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
Hubungan rakyat dengan rakyat tonggak kerjasama Malaysia-India - Pesuruhjaya Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan, disyaki khianat pecah cermin rumah bekas isteri

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/04/2023
02:47 MYT
Lelaki ditahan, disyaki khianat pecah cermin rumah bekas isteri
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan khianat dengan memecahkan cermin rumah bekas isterinya di Taman Pinji Mewah, Ipoh.
IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan khianat dengan memecahkan cermin rumah bekas isterinya di Taman Pinji Mewah, di sini, seperti yang tular dalam media sosial, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut pada Selasa.
Menurutnya, hasil siasatan yang dilakukan, polis berjaya memberkas seorang lelaki tempatan, berumur 46 tahun yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kes tersebut, di Taman Ipoh, semalam.
“Keputusan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapatinya positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini.
Suspek akan direman hari ini untuk membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat) dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan jenayah).
Yahaya berkata, dengan tertangkapnya suspek tersebut, polis percaya kes berkenaan telahpun selesai.
Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video berkenaan sehingga menjejaskan siasatan polis dan menimbulkan kegusaran masyarakat.
Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 25 saat yang memaparkan seorang lelaki membuat khianat dengan memecahkan cermin sebuah rumah di Taman Pinji Ipoh.
Topic Berkaitan
#khianat
#pecah cermin rumah
#bekas isteri
#Taman Pinji Mewah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan