awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran

Bernama
Bernama
02/02/2025
15:30 MYT
Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran
Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran. - Foto Facebook Polis Terengganu
JERTEH: Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata suspek berusia 41 tahun ditahan menerusi Op Mega Lejang Terengganu di rumahnya di Kampung Padang Luas, di sini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan 11 motosikal Yamaha RXZ, empat casis motosikal dan enam komponen enjin motosikal dipercayai dibawa masuk ke negara ini dari Thailand tanpa sebarang dokumen sah.
"Rumah terbabit dijadikan bengkel dan suspek mengaku terlibat dalam kes barang disiasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khairi berkata siasatan lanjut turut mendapati lelaki itu memiliki tiga rekod jenayah di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata sebanyak 30 motosikal pelbagai jenis dan 30 lelaki berusia antara 24 hingga 46 tahun telah diperiksa melalui Op Mega Lejang Terengganu yang dijalankan sejak 1 hingga 31 Jan lepas.
"Pihak polis sentiasa menjalankan operasi secara terancang dan berkala bagi membanteras jenayah harta benda. Pemilik dan penjaga premis diingatkan supaya tidak terlibat dalam menjual, membeli dan bersekongkol dengan mana-mana individu atau kumpulan jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lelaki ditahan
#seludup motosikal
#negara jiran
#Yamaha RXZ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan