awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan kali kedua simpan burung murai batu

Bernama
Bernama
17/01/2021
04:40 MYT
Lelaki ditahan kali kedua simpan burung murai batu
Suspek yang berumur 43 tahun ditahan selepas didapati menyimpan 97 ekor burung murai batu termasuk 35 yang sudah mati tanpa dokumen yang sah. - Gambar BERNAMA
JOHOR BAHRU:Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) menahan seorang lelaki serta merampas 97 ekor burung murai batu termasuk 35 yang sudah mati dalam satu operasi di Felda Bukit Waha, dekat Kota Tinggi semalam.
Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, suspek berumur 43 tahun tersebut ditahan selepas didapati menyimpan burung berkenaan tanpa dokumen yang sah.
"Lelaki tersebut pernah ditahan pada 9 Dis tahun lalu di Teluk Ramunia kerana cuba menyeludup burung murai batu ke negara jiran melibatkan rampasan sebanyak 260 ekor burung berkenaan. Kes itu masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Salman berkata, kesemua rampasan dibawa ke Pejabat Perhilitan Bandar Penawar, Johor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#burung murai batu
#Perhilitan
#Felda Bukit Waha
#Kota Tinggi
#Teluk Ramunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan