awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga emas mengaku tidak bersalah miliki bahan letupan di Nilai
Enam termasuk tiga beradik didakwa tetak tiga lelaki di depan restoran
JKDM catat kutipan hasil RM76.18 bilion pada 2025, lebih RM8.93 bilion daripada sasaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan serang aktivis suarakan isu lambakan peniaga warga asing

Bernama
Bernama
17/11/2025
21:30 MYT
Lelaki ditahan serang aktivis suarakan isu lambakan peniaga warga asing
Ketua Polis Daerah Sentul berkata, pihaknya akan membuat pemohonan reman terhadap suspek hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323, 506 dan 509 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang tular membuat provokasi terhadap sekumpulan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Bandar Utara, Selayang, di sini pada Ahad telah ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan 11.50 pagi semalam susulan laporan diterima mengenai insiden tersebut pada 6.44 petang Ahad.
Beliau berkata suspek didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau dan tiga rekod berkaitan dadah.
"Pihak polis akan membuat pemohonan reman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323, 506 dan 509 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Video insiden melibatkan suspek yang dilihat bukan sahaja mengeluarkan kata-kata kesat, malah bertindak agresif terhadap anggota NGO itu yang dipercayai memberikan penerangan larangan warga asing menjalankan perniagaan di kawasan itu, tular di media sosial sejak Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serang aktivis
#provokasi
#aktivis NGO
#peniaga warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan