JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan selepas menawarkan sejumlah rasuah RM90,000 bagi membebaskan rakannya yang ditangkap kerana menawarkan tawaran kerja tidak wujud.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek warga tempatan berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Suria, di sini, kelmarin.
Katanya, wang suapan itu diberikan suspek kepada sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Kontinjen Johor dan JSJK Ibu Pejabat Polis daerah Johor Bahru Selatan (JBS).
"Pada kelmarin, lebih kurang jam 12 tengah hari sepasukan polis membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas satu unit apartmen di Jalan Tanjung Puteri, di sini kerana dipercayai telah digunakan sebagai pusat panggilan yang menawarkan tawaran kerja atas talian yang tidak wujud.
"Dalam serbuan yang dijalankan, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berumur 26 tahun dan merampas peralatan yang digunakan untuk berhubung dan memperdayakan mangsa.
"Semasa proses awal siasatan dijalankan, pasukan serbuan telah menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengaku sebagai rakan suspek," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.
Jelas Kamarul Zaman, lelaki tempatan itu mengajak pihak polis berjumpa di sebuah restoran.
"Dalam perjumpaan itu, lelaki terbabit menawarkan wang tunai RM90,000 sebagai suapan dan dorongan untuk membebaskan rakannya
"Pihak polis memberi amaran untuk tidak berbuat demikian, namun suspek terus mendesak untuk menerima wang tersebut.
"Tangkapan dibuat dan wang tunai turut dirampas. Kes dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor untuk siasatan lanjut,” katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Oct 19 2022

Antara rampasan yang dibuat polis Johor ketika melakukan serbuan ke atas satu unit apartmen di Jalan Tanjung Puteri yang dijadikan pusat panggilan yang menawarkan tawaran kerja atas talian yang tidak wujud. - Gambar ihsan PDRM

Keputusan terima ahli UMNO dalam PH: Perlu jaga kedamaian Kerajaan Perpaduan - PM
Pakatan Harapan (PH) akan meneliti terlebih dahulu sebarang permintaan daripada pemimpin dan ahli UMNO yang dipecat untuk menyertai komponen gabungan itu.
![AWANI Borneo [29/01/2023] - Banjir Sabah belum reda | Empat MP kekal Ahli Langsung GRS AWANI Borneo [29/01/2023] - Banjir Sabah belum reda | Empat MP kekal Ahli Langsung GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007110/19199450371674991830031_640x360.jpg)
AWANI Borneo [29/01/2023] - Banjir Sabah belum reda | Empat MP kekal Ahli Langsung GRS
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan #AWANIBorneo 29 Januari 2023 : - Banjir di Sabah belum reda, hampir 1,500 mangsa masih berteduh di PPS. - Hajiji umum bakal ketuai Gagasan Rakyat Sabah, empat bekas ahli parlimen Bersatu tidak turut serta. - Sarawak maksimumkan kepakaran teknologi Singapura bangunkan industri pertanian . #AWANInews #MalaysiaBangkit

Industri Pertanian | Sarawak maksimumkan kepakaran teknologi Singapura
Sarawak akan memaksimumkan kemahiran dan kepakaran Singapura dalam teknologi untuk bangunkan industri pertanian yang mapan di negeri itu. Ia sejajar hubungan bilateral dua pihak menerusi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) yang mempunyai implikasi besar kepada ekonomi Malaysia Singapura.

Penasihat kanan PM: Saya pelawa Nurul Izzah, tiada elaun - Anwar
Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat.

KPM akan selesaikan isu kekurangan guru sebelum Mac ini - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan isu kekurangan guru di seluruh negara secara berperingkat sebelum sesi persekolahan baharu yang dijadual bermula Mac ini.

Gagasan Rakyat | Stephen sahkan sudah hantar surat letak jawatan
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu. Stephen berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selain bersetuju dengan penstrukturan semula ini.

Banjir Kilat | Penduduk berlindung enam jam di rumah
Di Sarawak beberapa kawasan kaki bukit di Kuching dilanda banjir kilat. Antaranya Kampung Sinar Budi Batu Kawa, Kampung Kolong Matang, Taman Sejoli dan sebahagian kecil kawasan di Lundu. Keadaan seawal jam tiga pagi itu berlaku selepas hujan berterusan selama 24 jam dengan jarak kediaman hanya beberapa meter dari sungai.

Banjir | Laluan darat terputus, bekalan makanan sukar diagih
Sekurang-kurangnya tiga kampung sekitar Segama, Lahad Datu terputus hubungan darat selepas lapan laluan utama tidak dapat dilalui akibat banjir. Kampung yang terjejas adalah Kampung Sepadulang, Kampung Segama Batu 8 dan Kampung Lituk Pulau. Situasi ini mencetuskan kebimbangan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Segama, Rasidah Damrah, kerana masih ada penduduk kampung yang belum dipindahkan dan kini terputus bekalan makanan.

Gagasan Rakyat | Armizan kekal Ahli Langsung GRS
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan tidak menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Sebaliknya menurut Ahli Parlimen Papar itu, beliau kekal sebagai Ahli Langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Banjir Sabah | Penduduk tidak dibenar pulang, cuaca masih tidak menentu
Menurut Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Pitas, Nahalan Mehdunah, penangguhan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu terpaksa diambil ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.

Apabila sedekah menjadi rasuah
Rasuah adalah ibu segala kegiatan jenayah dan kejahatan.

Sekuriti makanan antara tumpuan Bajet 2023 - PM
Semua sektor industri perlu mengambil peranan besar dan diberi perhatian termasuk perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank
Joanna Yu Ging Ping mengaku tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan Jho Low.

Kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette ditetapkan untuk sebutan 27 Mac
Hakim menetapkan sebutan semula kes itu pada 27 Mac ini untuk pihak-pihak memaklumkan perkembangan kes di Mahkamah Rayuan.

Lapor rasuah: 11 penjawat awam di Sabah diiktiraf
Seramai 11 penjawat awam di Sabah menerima pengiktirafan daripada kerajaan Persekutuan kerana melaporkan sesuatu penawaran atau pemberian rasuah sepanjang tahun lepas.

Rasuah: Jurutera dihukum penjara sebulan, denda RM210,000
Suapan RM42,000 itu didakwa sebagai dorongan kepada tertuduh untuk mengeluarkan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera.

PDRM nafi pemangku Ketua Polis Selangor terlibat skim penipuan peraduan
PDRM hari ini menafikan penglibatan dan penggunaan jawatan Pemangku Ketua Polis Selangor dalam satu hantaran e-mel dalam skim penipuan peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai RM270,000.

Kemuka tuntutan palsu lebih RM400,000, tiga pengarah syarikat direman tiga hari
Tiga pengarah syarikat direman tiga hari oleh SPRM kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pembelian kertas pencetak haba bernilai lebih RM400,000.

IBR: Bukti komitmen warga peladang perangi rasuah
Ikrar Bebas Rasuah yang dilakukan warga kerja Pertubuhan Peladang Kebangsaan, merupakan antara usaha organisasi itu dalam meningkatkan integriti dan menzahirkan komitmen mereka untuk bebas rasuah.

SPRM buka kertas siasatan libat 'sedekah' PRU15
SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku pembelian undi atau perbuatan rasuah ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).