awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan maut dengan kesan tetakan dalam bilik

Bernama
Bernama
01/12/2024
12:15 MYT
Lelaki ditemukan maut dengan kesan tetakan dalam bilik
Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditemukan maut dengan kesan tetakan di dalam bilik sebuah apartmen di Jalan Sungai Tapang, awal pagi ini.
KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditemukan maut dengan kesan tetakan di dalam bilik sebuah apartmen di Jalan Sungai Tapang di sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Padawan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata bilik gerakan telah menerima laporan tersebut kira-kira pukul 4.40 pagi tadi dan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah telah ke lokasi kejadian.
"Tiba di lokasi kejadian, polis menemukan mangsa terbaring di dalam sebuah bilik di unit apartmen tersebut dengan kesan tetakan pada bahagian badan. Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut hadir di lokasi.
"Susulan kes pembunuhan itu, polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Irwan menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, ASP Sylvarius Gopog di talian 013-863 7241.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ditemukan maut
#kesan tetakan
#Jalan Sungai Tapang
#Polis Daerah Padawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan