awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditetak rakan akibat enggan beri pinjam duit

Bernama
Bernama
07/11/2023
09:43 MYT
Lelaki ditetak rakan akibat enggan beri pinjam duit
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menetak rakannya, selepas rakannya itu enggan meminjamkan wang, dalam kejadian di Bukit Pelandok, Port Dickson semalam. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menetak rakannya, selepas rakannya itu enggan meminjamkan wang, dalam kejadian di Bukit Pelandok, Port Dickson di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata suspek berumur 33 tahun dengan 12 rekod jenayah berkaitan dadah itu merupakan individu yang dikehendaki polis, dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Beliau berkata suspek direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan polis turut merampas sebilah parang di sebuah rumah di Taman Murni, Chuah pada 1.50 pagi tadi, dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian.
Dalam kejadian semalam, polis menerima laporan daripada orang awam pada pukul 6.15 petang berhubung serangan hingga mengakibatkan seorang lelaki berumur 33 tahun mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan kiri, siku kanan serta lutut kanan.
"Punca kejadian adalah kerana lelaki itu enggan meminjamkan wang kepada suspek, dan suspek ketika itu yang dalam pengaruh alkohol bertindak melanggar serta menyerang mangsa menggunakan parang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tetak rakan
#enggan beri pinjam duit
#Polis Daerah Port Dickson
#Bukit Pelandok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan