awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dituduh sebabkan penunggang Ducati maut mengaku sakit mental, OKU

Sinar Harian
Sinar Harian
10/07/2023
06:21 MYT
Lelaki dituduh sebabkan penunggang Ducati maut mengaku sakit mental, OKU
Mudzyadaha Mohammad, 42, telah menerima surat rujukan daripada doktor semasa ditahan di sebuah hospital di Kajang malah mendapat ubat untuk rawatan psikiatri. - Gambar/ Sinar Harian
AMPANG: Seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret pada Isnin atas kesalahan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal Ducati bulan lalu, mengaku orang kurang upaya (OKU) dan menerima rawatan sebagai pesakit mental.
Ketika prosiding di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail berkata, anak guamnya, Mudzyadaha Mohammad, 42, telah menerima surat rujukan daripada doktor semasa ditahan di sebuah hospital di Kajang malah mendapat ubat untuk rawatan psikiatri.
Sebelum kejadian, peguam itu berkata, tertuduh merupakan seorang OKU dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Semasa kejadian, anak guam tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya pelanggaran, jadi saya mohon agar mahkamah membenarkan dia menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran tidak membantah perkara tersebut.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Amalina mengarahkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Pada pagi Isnin, Muzyadaha yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64.
Kesalahan didakwa dilakukan di kilometer 22.2 Lebuhraya Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) di sini, pada jam 1.10 petang, 14 Jun lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang ducati maut
#keputusan mahkamah
#Sakit Mental
#suspek ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan