awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki etnik Rohingya ditemui maut dalam kebun jagung

Bernama
Bernama
17/10/2023
11:17 MYT
Lelaki etnik Rohingya ditemui maut dalam kebun jagung
Seorang lelaki etnik Rohingya ditemui maut dalam sebuah kebun jagung dipercayai ditikam oleh rakannya selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Melor Lama, hari ini. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang lelaki etnik Rohingya ditemui maut dalam sebuah kebun jagung dipercayai ditikam oleh rakannya selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Melor Lama, di sini, hari ini.
Mangsa dijumpai mati di kawasan kebun jagung berhampiran rumah disewa oleh suspek itu pada sekitar jam 8.30 pagi.
Jiran suspek, Tengku Nur Ayuni Tengku Ismail, 29, berkata mangsa dipercayai menaiki basikal datang ke rumah yang disewa suspek pada waktu solat subuh tadi.
"Pada jam 8 pagi, saya terdengar bunyi bising orang bergaduh dalam rumah selama 10 minit. Kemudian keadaan senyap seketika, kira-kira 8.30 pagi, saya melihat suspek memegang sebilah pisau yang penuh dengan darah di kebun jagung yang terletak di belakang rumah sewanya.
"Suspek kemudian berdiri di hadapan rumah sewanya dalam keadaan bingung dan jiran-jiran meminta dia meletakkan pisau berkenaan sebelum kami menghubungi polis," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.
Seorang jiran, Siti Asmak Mohd Zain, 27, berkata suspek menyewa rumah tersebut sejak tiga bulan lalu dan mangsa juga pernah menyewa rumah berkenaan sebelum berpindah ke rumah lain.
"Rumah ini didiami dua keluarga. Suspek tinggal bersama isterinya, selain itu rumah berkenaan turut didiami satu lagi pasangan suami isteri bersama seorang anak mereka," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan masih dijalankan.
--BERNAMA
TAG: maut, Rohingya, kebun, jagung, Melor, Muhamad Zaki Harun, pisau
Topic Berkaitan
#lelaki Rohingya
#ditemui maut
#kebun jagung
#Kampung Melor Lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan