awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki gagal rayuan, kekal dipenjara 10 tahun, dua sebatan kerana merompak

Bernama
Bernama
30/10/2024
14:15 MYT
Lelaki gagal rayuan, kekal dipenjara 10 tahun, dua sebatan kerana merompak
Hakim Che Mohd Ruzima turut memutuskan bahawa hukuman penjara 10 tahun yang dikenakan terhadap lelaki bekerja sendiri itu adalah wajar, munasabah dan tidak berlebihan. - Gambar hiasan/Pixabay
PUTRAJAYA: Seorang lelaki gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen bahawa Mohd Azwan Taleb bersalah atas jenayah terbabit, dengan Mahkamah Tinggi turut mengesahkan keputusan itu.
Hakim Che Mohd Ruzima turut memutuskan bahawa hukuman penjara 10 tahun yang dikenakan terhadap lelaki bekerja sendiri itu adalah wajar, munasabah dan tidak berlebihan.
Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, beliau berkata mangsa dapat mengenal pasti dengan jelas identiti Mohd Azwan sebagai individu yang merompaknya.
Beliau berkata unsur-unsur pertuduhan telah dipertimbangkan oleh mahkamah rendah.
Pada 23 Jun 2022, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan dua sebatan masing-masing terhadap Azwan, 38, dan Faizal Izzat Zainal Azman, 34, kerana melakukan kesalahan rompakan berkumpulan terhadap Nazirah Hasan Baseri, 47.
Dua lelaki itu mencuri beberapa barang termasuk kereta jenis Honda Jazz, wang tunai RM350, sebuah iPhone 6 Plus dan kunci peti keselamatan, di rumah mangsa di Taman Meru Perdana, Kuala Kuang, Ipoh, Perak pada 8.15 pagi, 6 Sept 2019.
Mahkamah Tinggi menolak rayuan dua individu terbabit pada 15 Dis tahun lepas. Mohd Azwan kemudian meneruskan rayuan ke Mahkamah Rayuan manakala Faizal Izzat tidak mengemukakan sebarang rayuan lagi.
Peguam Mohd Azwan, Raja Mohd Iskandar Zulkharnian Raja Abdul Malek berhujah bahawa pengenalpastian mangsa terhadap anak guamnya itu adalah meragukan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong berkata mangsa dapat mengenal pasti Mohd Azwan kerana kenderaan yang dinaiki mereka menghampiri mangsa dengan perlahan, tingkap tidak berwarna gelap dan lelaki itu juga tidak memakai topeng.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#rompakan berkumpulan
#penjara
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan