PUTRAJAYA: Seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Khamis atas pertuduhan menghantar gambar lucah menerusi aplikasi Telegram, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Muhamad Asyraf Ahmad Suhaimi, 28, turut berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Hakim Rohaida Ishak menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu imej yang lucah sifatnya dengan niat untuk menganiaya orang lain melalui aplikasi Telegram dengan nama akaun 'Acap' pada jam 1.57 pagi, 8 Januari 2020.
Hantaran itu kemudiannya dilihat pada jam 10 pagi di Taman Chandan Putri 3 di sini pada 9 Januari 2020.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Siti Hajar Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh dalam rayuannya meminta hukuman diringankan dengan alasan tidak mempunyai pekerjaan tetap selain perlu menanggung seorang isteri dan anak.
Bapa kepada seorang anak itu juga mengakui menyesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Siti Hajar bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman agar memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh malah pihak lain agar tidak mengulangi kesalahan sama.
Hakim Rohaida kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar selain barang kes diserahkan kepada SKMM untuk dilupuskan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 19 2023

Bapa kepada seorang anak itu juga mengakui menyesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.- Foto Sinar Harian

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Pembelian BPI RM160 setiap 50 kg bantu kawal harga nasi
Kebenaran pembelian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram bertujuan membantu mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Lelaki mengaku tidak bersalah hantar gambar lucah melalui WhatsApp
Seorang pekerja sambilan di sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghantar komunikasi lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi WhatsApp pada 2021.

Lelaki hantar gambar lucah didenda RM10,000
Seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Khamis atas pertuduhan menghantar gambar lucah menerusi aplikasi Telegram, tiga tahun lalu.

Padah hantar gambar lucah, peniaga didenda RM8,000
Hakim Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Chang Yoon Siong, 31, selepas dia mengaku bersalah.