awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki iman rendah punca kontroversi ahli gimnas, kata bekas menteri

Sathesh Raj
Sathesh Raj
15/06/2015
22:38 MYT
Lelaki iman rendah punca kontroversi ahli gimnas, kata bekas menteri
Rafidah Aziz berkata mata lelaki yang memberi tumpuan kepada bahagian-bahagian pakaian wanita yang salah perlu dicungkil.
Lelaki yang imannya rendah adalah punca kontroversi membabitkan ahli gimnas Farah Ann, kata bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.
Beliau berkata wanita tidak pernah mengadu tentang pakaian yang dipakai oleh kaum lelaki walaupun ia menyakitkan mata yang memandang.
"Anda fikir lelaki kelihatan elok dalam seluar renang mereka? Pernahkah kita berleter tentang perkara itu walaupun apa yang mereka pakai tidak bersesuaian?
"Kami tidak peduli asalkan kemenangan dapat diraih untuk negara," katanya dalam satu ceramah.
Beliau juga berkata ramai orang terlupa bahawa gimnas tersebut telah berusaha gigih untuk mengharumkan nama negara dan malangnya kebanyakan lelaki lebih tertarik kepada pakaian terutamanya pada bahagian yang tidak sepatutnya dipandang.
BACA: Biarlah Tuhan sahaja yang menghakimi Farah Ann - Khairy Jamaluddin
BACA: Farah Ann 'serang' pengkritik: Tong kosong memang berbunyi nyaring
BACA: Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita Islam' - Mufti Perak
BACA: 'Bising hanya pada Farah Ann, diam bila tengok drama peluk-peluk' - Dr Mariani
Rafidah berkata, "Segelintir lelaki memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pakaiannya dan bahagian-bahagian yang salah. Mata mereka perlu dicungkil kerana sikap itulah yang sedang berleluasa sekarang,” disambut ketawa tetamu yang hadir.
Beliau berkata sesetengah lelaki hanya bersemangat untuk menafikan kelebihan kaum wanita dan menafikan kehebatan tersebut dengan mengutuk pakaian wanita tersebut.
"Kelemahan iman sesetengah kaum lelaki adalah penyebab masalah ini," tegasnya.
Topic Berkaitan
#Farah Ann
#Iman
#Rafidah Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan