JOHOR BAHRU:Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Iraq berusia 41 semalam bagi membantu siasatan insiden memukul seorang lelaki dengan sebatang besi di Jalan Tebrau, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata suspek yang sebelum ini disangka rakyat Bangladesh, ditahan pada jam 7.20 malam di kaki lima sebuah premis di Taman Sri Tebrau, di sini.
"Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu tidak memiliki sebarang dokumen peribadi. Menerusi akuan secara lisan, dia mengaku dirinya adalah warga Iraq," katanya menerusi kenyataan, di sini, malam tadi.
Mohd Padzli berkata polis turut merampas sebatang besi panjang dipercayai senjata yang digunakan untuk memukul mangsa dalam kejadian jam 11.35 malam itu.
Terdahulu, tular dalam laman sosial satu video rakaman menunjukkan suspek memukul seorang lelaki sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala, lengan dan kaki dengan sebatang besi.
Mangsa yang berusia 39 tahun telah menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 29 2020

Tular di laman sosial satu video rakaman menunjukkan suspek memukul seorang lelaki sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala, lengan dan kaki dengan sebatang besi. - Gambar hiasan

Lebih 500 individu daftar sebagai sukarelawan vaksinasi fasa percubaan di HUS
Lebih daripada 500 sukarelawan telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam percubaan vaksin COVID-19 di Sarawak.

Larang Rentas Negeri | Tinjauan Lorong tikus di Pasir Puteh
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan.

Banjir | Terengganu dijangka tidak berdepan gelombang keenam
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan Terengganu ketika ini dalam tempoh 'bertenang' dan dijangka tidak akan berdepan gelombang banjir keenam.

Harga Sayur | Alami kenaikan mendadak
Harga sayur-sayuran di Kedah mengalami peningkatan yang mendadak sejak awal bulan ini.

PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.

UKM tawar rawatan psikososial kepada lelaki bina 11 bonggol
Beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam.

Dua sepupu ditahan cuba seludup dadah ketika PKP
Tindakan lelaki menyeludup dadah melalui jalan tikus ketika PKP gagal selepas ditahan Polis Melaka.

UMNO | Beri peluang kepada Zahid sehingga tamat penggal
Terdapat pandangan dan gesaan beberapa pemimpin dan ketua sayap UMNO negeri agar parti itu mengadakan pemilihan segera bagi menyelesaikan kemelut dan menentukan hala tuju parti Melayu terbesar itu.

Kemusnahan Alam | Kerajaan Perak arah kerja di Tanjung Batu dihentikan
Kerajaan Negeri Perak arahkan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar melakukan siasatan menyeluruh mengenai kerosakan yang berlaku di Air Terjun Tanjung Batu, Segari, Perak.

Politik | UMNO dilanda angin perubahan?
Kita bersama Prof Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik.

Wanita didakwa pukul kucing bunting dengan besi hingga mati
Dia dituduh dengan kejam memukul seekor kucing betina berwarna jingga dan seekor anak kucing betina berwarna putih-kelabu dengan sebatang besi.

Enam pengawal keselamatan belasah lelaki ditahan
Kesemua mereka berusia antara 26 hingga 41 tahun ditahan selepas mangsa berusia 34 tahun itu membuat laporan polis.

Ugut dan tampar pelanggan restoran, 'Datuk' ditahan reman dua hari
Dua individu termasuk seorang lelaki bergelar 'Datuk' yang dipercayai terlibat dalam insiden ugut dan pukul seorang pelanggan di sebuah restoran ditahan reman dua hari.

Polis buru 'Datuk' pukul pelanggan restoran kerana disuruh jangan bising
Suspek bertindak memukul seorang lelaki selepas dinasihatkan untuk tidak membuat bising.

Wanita tular pukul kucing bunting hingga mati ditahan - Polis
Wanita terbabit wanita didengar merungut mengenai kucing-kucing terbiar di situ yang membuang najis di hadapan rumahnya.

Lelaki Iraq dan bukan Bangladesh ditahan pukul mangsa dengan batang besi
Suspek yang sebelum ini disangka rakyat Bangladesh, ditahan pada jam 7.20 malam di kaki lima sebuah premis di Taman Sri Tebrau, di sini.

Penganggur dihadap ke mahkamah kerana rogol, liwat, pukul wanita
S Dinesh Kumar, 32, mengaku tidak bersalah di hadapan hakim MV Mabel Sheela selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Penganggur dipenjara empat bulan kerana cekik leher, maki polis
Majistret Mohamed Ikhwan Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu selepas Ahmad Rosli Ahmad Kamsah, 49, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Lelaki warga Bangladesh didakwa pukul kepala, perut isteri warga tempatan
Rakibur Rahman, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Viral pukul bomba: Lelaki dipenjara enam bulan, denda RM6,000
Seorang lelaki yang bertindak memukul anggota bomba yang memadamkan kebakaran keretanya, Khamis lalu, dipenjara enam bulan dan didenda RM6,000 di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini.