ALBANY: Seorang lelaki New York, Amerika Syarikat (AS) mengaku seludup tiga ekor ular sawa Burma dalam seluar semasa melintasi sempadan AS-Kanada, lapor AP.
Susulan tindakan itu, dia dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda AS$5,000 (RM23,887).
Calvin Bautista, 38, dilaporkan menyeberang ke utara New York dengan menaiki bas dan menyembunyikan reptilia itu dalam beg yang diikat dalam poket tepi paha seluarnya.
Bagaimanapun, taktiknya tidak berhasil apabila pegawai kastam dan pelindungan sempadan AS berjaya mengesan 'benjolan' dalam seluar lelaki tersebut.
Menurut dokumen mahkamah, lelaki yang tinggal di Queens membeli ular bernilai AS$2,500 (RM11,943) di sebuah kedai akuarium di Kanada.
Aktiviti membawa masuk ular sawa Burma dikawal oleh perjanjian antarabangsa dan peraturan persekutuan AS yang menyenaraikan reptilia itu sebagai 'memudaratkan manusia'.
Ular sawa Burma, reptilia terbesar di dunia banyak ditemui di negara Asia Tenggara dan di AS ia dianggap ular perosak kerana mampu membunuh haiwan asal di negara ini. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Mon Feb 26 2024
Ular sawa Burma dianggap spesies pendatang yang akan menggugat kelestarian haiwan tempatan di AS. - Foto agensi
AWANI Ringkas: Simbah asid | Visa haji palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
OIC, GCC sambut baik resolusi PBB mengenai usaha Palestin untuk keanggotaan penuh
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat menyambut baik penerimaan resolusi bersejarah oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
AWANI 7:45 [11/05/2024] - Kalah bukan abu, menang bukan arang | Jangan spekulasi | Kuota hak mutlak Arab Saudi
Keputusan terkini PRK KKB. Siapa menang? Siapa kalah?
Jangan campur urusan polis, siasatan simbah asid Faisal Halim.
Sindiket haji tanpa visa sah, aktif cari mangsa.
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula Dewan Undangan Negeri.
Jangan campur urusan polis, siasatan simbah asid Faisal Halim.
Sindiket haji tanpa visa sah, aktif cari mangsa.
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula Dewan Undangan Negeri.
Selebriti dunia hilang pengikut besar-besaran sempena Met Gala?
Pengguna media sosial lancar gerakan 'Operation Blockout', dengan menyasarkan selebriti yang tidak bersuara tentang isu genosid.
Tentera Udara Malaysia, Indonesia akan laksanakan rondaan udara bersama
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) merancang untuk mengadakan rondaan udara bersama selama tiga hari dari 20 hingga 22 Mei ini.
Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri
Filem aksi, Sheriff sudah meraih kutipan RM55 juta.
Pertukaran, bayaran balik tiket bermula Ahad hingga Selasa
Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC yang dibatalkan pada Jumaat, boleh dibuat mulai Ahad hingga Selasa.
Jangan buat spekulasi, biar polis siasat
Polis mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kebakaran 36 motosikal penuntut Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang diparkir di kolong sebuah blok kompleks perumahan (kolej kediaman) Pauh Putra, di Arau pada awal pagi Sabtu.
Siapa menang? Siapa kalah? Tegakkan demokrasi
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Memburu ular sawa Burma... Lebih 800 sertai pencarian spesies invasif di Florida
Sejak tahun 2000, lebih daripada 17,000 ular sawa telah ditangkap dari kawasan ekosistem Everglades.