JAKARTA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) merancang untuk mengadakan rondaan udara bersama selama tiga hari dari 20 hingga 22 Mei ini.
Rondaan udara bersama ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dalam melindungi keselamatan ruang udara kedua-dua negara.
Tugasan ini akan melibatkan jet pejuang F-18 dari Skuadron ke-18 TUDM dan jet pejuang F-16 dari Skuadron Udara ke-16 di Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin, Riau.
Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat penyelarasan Siri I Malaysia-Indonesia (Malindo) 2024 yang diadakan di Pulau Pinang, Malaysia, dari 6 hingga 8 Mei lepas.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, TNI AU menyatakan bahawa mesyuarat ini turut membincangkan strategi untuk meningkatkan rondaan udara bersepadu dan perkongsian maklumat untuk pengawasan lebih baik di ruang udara masing-masing.
"Diharapkan kerjasama antara TNI AU dan TUDM dalam aktiviti ini dapat mengukuhkan keselamatan dan kestabilan ruang udara kedua-dua negara.
Selain itu, aktiviti ini juga menandakan komitmen bersama dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini," kata kenyataan TNI AU itu.
Mesyuarat berkenaan dihadiri delegasi Malaysia yang diketuai Kolonel Ahmad Edros Ahmad Osman, dan delegasi Indonesia yang diketuai Kolonel Nana Rusmana.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024
Tugasan ini akan melibatkan jet pejuang F-18 dari Skuadron ke-18 TUDM dan jet pejuang F-16 dari Skuadron Udara ke-16 di Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin, Riau. - Gambar hiasan/BERNAMA
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,089
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Tentera Udara Malaysia, Indonesia akan laksanakan rondaan udara bersama
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) merancang untuk mengadakan rondaan udara bersama selama tiga hari dari 20 hingga 22 Mei ini.