awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki keluar memancing dikhuatiri lemas

Bernama
Bernama
27/10/2023
11:43 MYT
Lelaki keluar memancing dikhuatiri lemas
Pencarian dihentikan 6 petang tadi kerana hujan lebat sepanjang hari di kawasan kejadian dan akan disambung semula pagi esok. - JBPM Perak
IPOH: Seorang lelaki berusia 33 tahun yang menaiki bot untuk keluar memancing bersama dua lagi rakannya dikhuatiri lemas apabila dipercayai terjatuh daripada bot yang dinaikinya dalam kejadian di Kampung Jarau, Kuala Kangsar, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata bomba menerima panggilan mengenai kehilangan lelaki yang dikenali sebagai Mohd Faiz Azman kira-kira 9.50 pagi tadi.
"Aktiviti pencarian telah dijalankan sepanjang satu kilometer (km) dari hotspot mangsa dipercayai lemas dengan kaedah pencarian pada permukaan serta mengikut aliran (follow the stream) oleh agensi-agensi terlibat yang mana telah dipecahkan kepada tiga kumpulan kecil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pasukan penyelamat meneruskan pencarian pada radius 5km sehingga ke Jambatan Karai petang tadi secara permukaan terbuka (open surface).
Operasi itu katanya melibatkan 55 anggota daripada pelbagai agensi termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan orang awam serta dua ekor anjing pengesan K9.
Pencarian dihentikan 6 petang tadi kerana hujan lebat sepanjang hari di kawasan kejadian dan akan disambung semula pagi esok.
Menurut APM Perak mangsa bersama dua rakannya bertolak dari Jeti Kampung Jarau sebelum bot dinaiki mereka terlanggar batu di tengah sungai menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemancing
#lemas
#bomba
#pencarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan