KUALA BERANG: Kegembiraan enam sekawan bercuti di Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, pagi tadi.
Dalam kejadian itu, Syafiq Haikal Sharudin, 25, dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang Zulhisham Mohamad Yusop berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.18 pagi sebelum menggerakkan sebuah jentera dan 10 anggota termasuk tiga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ke lokasi.
"Setibanya di lokasi, semua rakan mangsa dan beberapa orang awam berkumpul di tempat kejadian, bagaimanapun mangsa sudah tidak kelihatan di permukaan.
"Setelah melakukan skin dive, anggota PPDA berjaya menemukan mangsa di celah batu pada kedalaman 1.5 meter di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada 12.15 tengah hari," katanya ketika dihubungi hari ini.
Zulhisham berkata mayat mangsa yang berasal dari Padang Hiliran, Kuala Terengganu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, rakan mangsa, Daniel Asmadi, 25, berkata percutian mereka berenam ke situ dibuat secara mengejut, namun tidak menyangka ia bertukar menjadi tragedi hitam yang meragut nyawa Syafiq Haikal.
"Kami bertolak dari Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 pagi dan sampai di Sekayu, pada 10 pagi. Selepas itu, tiga daripada kami hiking untuk ke bahagian atas air terjun dan tiga lagi rakan saya berehat di atas batu di air terjun.
"Tiba-tiba, saya hilang keseimbangan sebelum tergelincir dan hampir lemas. Syafiq Haikal kemudiannya hulur kaki untuk saya berpaut. Malangnya, dia pula tergelincir dan jatuh ke dalam air," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Daniel berkata dia kemudian cuba menarik tangan Syafiq Haikal, namun tidak berjaya.
"Saya berasa sangat terkilan kerana tak dapat selamatkan Syafiq Haikal. Apatah lagi, dia pergi kerana cuba selamatkan saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu. - Gambar hiasan
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Budak autistik ditemukan lemas jatuh Sungai Skudai
Mangsa ditemukan oleh anggota unit PPDA pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Tragedi jala ikan: Mayat isteri ditemukan, anak bongsu masih hilang
PDRM mengesahkan mayat wanita yang terbabit dalam tragedi lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada Isnin.
Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala
Yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsunya, Riska Amelia, empat tahun.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.