awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mabuk pandu kereta rempuh empat kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2025
06:25 MYT
Lelaki mabuk pandu kereta rempuh empat kenderaan
Suspek yang memandu dalam keadaan mabuk telah melanggar empat buah kereta dalam kejadian malam Isnin. -Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh empat buah kenderaan di Jalan Kenari, Bayan Lepas pada malam Isnin.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar empat kenderaan di Jalan Kenari, Bayan Lepas.
  • Tiada kecederaan dilaporkan, dan suspek tidak mempunyai rekod jenayah atau kes narkotik.
  • Suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan direman di Mahkamah Balik Pulau.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.55 malam itu, suspek berusia 55 tahun yang memandu kereta jenis Honda Accord telah merempuh sebuah Proton X70 serta tiga lagi kenderaan awam yang diletakkan di bahu jalan berhampiran Gereja Devine Mercy.
Menurutnya, suspek kemudian berjaya ditahan oleh anggota trafik dari Balai Polis Bayan Lepas di lokasi kejadian.
“Ketika proses tangkapan dijalankan, tiada kecederaan berlaku ke atas suspek dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.
"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kes narkotik,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, suspek beralamat di Desa Gemilang, Jalan Abdullah Ariff, Air Itam di sini.
"Polis turut merampas sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu suspek di lokasi kejadian untuk dijadikan barang kes.
“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Dia dibawa ke Balai Polis Trafik Bayan Lepas untuk tindakan lanjut dan akan direman di Mahkamah Balik Pulau pada hari ini," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan