Polis menangkap seorang lelaki warganegara Malaysia kerana disyaki terlibat membantu bekas pemimpin City Harvest Church yang cuba melarikan diri dari republik ini, lapor Channel NewsAsia.
Memetik Pasukan Polis Singapura (SPF), laporan itu berkata Khoo Kea Leng, 45, ditangkap di Malaysia dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas Mahkamah Negara Singapura mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Khoo diserahkan kepada SPF pada Isnin dan akan dihadapkan ke mahkamah Rabu ini, kata laporan itu.
Menurut Channel NewsAsia, Khoo, 57, dihadapkan ke mahkamah pada 22 Feb dengan pertuduhan cuba melarikan diri dari negara ini dari Pulau Ubin dengan sebuah sampan bermotor pada 21 Feb.
Dia dikenakan ikat jamin S$1 juta (S$1=RM2.96) dan dikehendaki menyerah diri pada 22 Feb untuk mula menjalani hukuman penjara tiga tahun empat bulan kerana menyelewengkan dana gereja berjumlah S$50 juta, kata laporan itu.
Menurut laporan berkenaan, perbuatan itu merupakan penipuan dana amal melibatkan jumlah terbesar dalam sejarah Singapura.
Seorang lagi lelaki, Tan Poh Teck, 53, yang mengendalikan sampan berkenaan, juga ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.
Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis Hsu Sin Yun berkata Khoo tidak mungkin dapat ditangkap tanpa wujudnya kerjasama rapat dan hubungan kukuh antara SPF dan PDRM.
"SPF akan berusaha habis-habisan memburu penjenayah yang melakukan jenayah di Singapura. Kami akan bekerjasama dengan rakan penguatkuasaan undang-undang dari negara asing untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan," kata Hsu yang dipetik laporan itu.
Sementara itu di JOHOR BAHRU, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan pada pukul 8.05 pagi oleh Bahagian Siasatan Khas D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
"Tangkapan ini adalah bagi melaksanakan waran tangkap Polis Singapura yang telah dikeluarkan pada 23 Februari oleh Mahkamah Singapura," kata beliau dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Menurut beliau, tangkapan itu adalah berkaitan penglibatan suspek atas kesalahan di bawah Seksyen 57 (1) (b) Akta Imigresen dan Seksyen 57 (1) (ii) Akta Imigresen, Singapura, iaitu berrsubahat/membantu untuk mengeluarkan seseorang lain dari negara Singapura dengan jalan tidak sah.
"Suspek telah diserahkan kepada Polis Singapura pada 12 tengah hari tadi," kata Mohd Khalil.
Beliau juga berharap agar kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan SPF seumpama ini akan terus terjalin erat bagi kepentingan bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2018
Tangkapan itu adalah berkaitan penglibatan suspek atas kesalahan di bawah Seksyen 57 (1) (b) Akta Imigresen dan Seksyen 57 (1) (ii) Akta Imigresen, Singapura. - Gambar hiasan
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Lelaki Malaysia bantu bekas pemimpin City Harvest lari dari Singapura ditangkap
Khoo Kea Leng, 45, ditangkap di Malaysia dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas Mahkamah Negara Singapura mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.