awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mati dipercayai akibat seks ganas - Polis

Bernama
Bernama
16/05/2016
14:16 MYT
Lelaki mati dipercayai akibat seks ganas - Polis
Polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan kondominium di Sri Hartamas berhubung kejadian itu pada 12.17 tengah hari tadi. -Gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 47 tahun ditemukan mati terbaring dengan keadaan mulut dan kaki berikat, dipercayai terlibat dalam aktiviti seks ganas, menurut polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata pihaknya menerima panggilan daripada pengawal keselamatan sebuah kondominium di Sri Hartamas berhubung kejadian itu pada 12.17 tengah hari tadi.
"Mangsa ditemui terbaring tanpa pakaian dalam keadaan mulut dan kaki berikat manakala alat sulitnya ditutupi kain.
"Pemerhatian awal oleh doktor patalogi daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang memeriksa mayat mangsa di lokasi kejadian mendapati mangsa kemungkinan mati akibat melakukan seks ganas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sharul berkata sebelum itu bapa lelaki itu telah beberapa kali menghubungi anaknya namun tidak berjaya dan telah meminta pemilik rumah yang diduduki anaknya itu untuk pergi menemui anaknya itu.
"Pemilik rumah telah pergi ke rumah mangsa semalam namun tidak berjaya menemui mangsa sehinggalah beliau datang semula hari ini bersama tiga rakan serta pengawal keselamatan untuk mengesan mangsa di rumah berkenaan.
"Setelah pintu rumah mangsa dipecahkan mereka mendapati mangsa telah mati," katanya.
Sharul berkata hasil pemeriksaan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian melainkan di dalam lif dan kawasan lobi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.
Topic Berkaitan
#mulut dan kaki berikat
#seks ganas
#Sharul Othman Mansor
#sri hartamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan