Seorang penunggang motosikal lelaki ditemui maut dalam keadaan terbaring di tepi lampu isyarat di Taman Putra, Ampang Jaya, di sini, hari ini.
Lelaki itu yang dikenali sebagai S. Kanagaretnam, 56, mati akibat cedera parah di kepala dipercayai dipukul dengan topi keledar dalam kejadian kira-kira 1 pagi ini, menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad.
Beliau berkata mangsa dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki di lokasi kejadian pertama, iaitu di tepi jalan berhadapan dengan sebuah kedai motosikal di Jalan Permai E, Kampung Tasik Permai, Ampang.
"Berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian, mangsa diserang lima lelaki di lokasi kejadian pertama, dan seorang daripada mereka bertindak memukul mangsa sementara empat lagi bertindak memerhatikan keadaan sekeliling," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya saksi melihat seorang lelaki memukul mangsa menggunakan topi keledar dan kesemua suspek menaiki tiga motosikal iaitu satu daripadanya sebuah motosikal jenis Honda EX5.
Khairuldin berkata mangsa dipercayai meninggalkan lokasi kejadian selepas dipukul, namun mati dalam keadaan terbaring di tepi lampu isyarat akibat hentakan kuat di kepalanya.
Bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya hanya dimaklumkan mengenai kejadian maut itu daripada Hospital Ampang, katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras untuk dibedah siasat, tambahnya.
Beliau berkata hasil siasatan awal di lokasi kejadian pertama, pihaknya menemui serpihan visor topi keledar yang disyaki milik mangsa, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bernama
Sat Nov 01 2014
Seorang saksi melihat seorang lelaki memukul mangsa menggunakan topi keledar. - Gambar Hiasan
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
AS umum operasti jeti terapung sementara di Gaza
Amerika Syarikat umum operasi jeti terapung di Gaza untuk meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.
Berang tak dapat RM5,000, isteri acu pisau pada suami
Berang kerana wang RM5,000 yang diminta untuk pulang ke kampung tidak diberi, seorang wanita warga Indonesia bertindak mengugut dengan mengacu pisau ke muka suaminya.
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.
Cemburu dipercayai punca lelaki maut dalam letupan
Kedua-dua suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 30 tahun itu ditahan di Serdang, Kedah, malam Selasa.
Berhenti ambil gambar di lorong kecemasan, punca kemalangan di Lebuhraya SUKE - Polis
Lorong kecemasan bukan untuk berhenti sesuka hati dan ambil gambar pemandangan!
MPAJ sita pasu bunga, kon diguna untuk cop parkir
Barangan terbabit dipercayai digunakan sebagai 'penanda' cop parkir di kawasan pangsapuri kos rendah sekitar Ampang.
Tanah runtuh Ampang Jaya: Lima rumah terjejas, 12 penduduk berpindah - Polis
Lima buah rumah di dua lokasi berasingan di Ampang Jaya di sini terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat petang semalam.
Hujan berterusan beberapa hari tingkatkan risiko tanah runtuh - Pakar
Perkara yang perlu diberi perhatian kini adalah cara untuk mencegahnya daripada berlaku termasuk insiden besar seperti di Ampang itu.