awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dihempap pokok

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2022
22:30 MYT
Lelaki maut dihempap pokok
Mangsa dihempap pokok ketika melakukan kerja pembersihan di kawasan Bukit Gemok, Tawau. - Foto Sinar Harian
TAWAU: Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok kayu ketika sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan Bukit Gemok dekat sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa Arpah Irwan, 30, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.02 petang.
Katanya, seramai empat anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 17 kilometer dari BBP Tawau.
"Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama beberapa rakan sedang melakukan kerja pembersihan sebelum dihempap pokok yang ditebangnya.
"Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit. Selepas berjaya dikeluarkan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.14 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi Sinar Harian turut mengesahkan kejadian itu.
"Polis memang ada terima laporan berhubung kejadian itu dan mangsa merupakan pekerja yang melakukan pembersihan di kawasan berkenaan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#dihempap pokok
#kerja pembersihan
#Arpah Irwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan