SUNGAI PETANI: Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun maut dipanah petir ketika sedang tidur di atas buaian di pondok rehat di hadapan rumahnya semasa cuaca hujan lebat di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata mangsa Mohammad Shahrim Sheh Ali, yang bekerja sebagai pemandu kren sebelum itu dikatakan tidur berseorangan di atas buaian tersebut.
"Kejadian yang dipercayai berlaku lebih kurang jam 9.45 malam semasa hujan lebat dan petir...isterinya yang berusia 31 tahun hanya menyedari keadaan suaminya yang tidak sedarkan diri kira-kira jam 10 malam.
"Isteri mangsa bersama abangnya dan rakan-rakan mangsa menyangka dia tidur dan tidak mengejutkannya...apabila isterinya keluar dan mengejutkannya, mangsa didapati tidak bergerak dan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Wan Azharuddin, anggota keluarga mangsa kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
"Siasatan lanjut mendapati mangsa berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang rekod penyakit kronik.
"Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan terbakar pada kayu untuk menggantung buaian dan wayar elektrik telah putus dan terdapat kesan terbakar pada mangsa dipercayai berpunca daripada panahan petir...tiada unsur jenayah," katanya.
Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
![Lelaki maut dipanah petir ketika tidur atas buaian Lelaki maut dipanah petir ketika tidur atas buaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716899683_TBMAUTPETIR.jpg)
Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun maut dipanah petir ketika sedang tidur di atas buaian di pondok rehat di hadapan rumahnya semasa cuaca hujan lebat di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, semalam. - Foto Sinar Harian
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Lelaki maut dipanah petir ketika tidur atas buaian Lelaki maut dipanah petir ketika tidur atas buaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716899683_TBMAUTPETIR.jpg)
Lelaki maut dipanah petir ketika tidur atas buaian
Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun maut dipanah petir ketika sedang tidur di atas buaian di pondok rehat di hadapan rumahnya.
![10 cedera dipanah petir 10 cedera dipanah petir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716263865_RIBUTPETIR.jpg)
10 cedera dipanah petir
Dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun yang diserang sakit jantung berjaya diselamatkan.
![Bumbung Kolej Matrikulasi Kedah terbakar dipanah petir Bumbung Kolej Matrikulasi Kedah terbakar dipanah petir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711837741_KolejMatrikulasiKe.jpg)
Bumbung Kolej Matrikulasi Kedah terbakar dipanah petir
Tindakan memadam kebakaran terus dilakukan dengan satu aliran dua pancutan serta membuat pemerhatian secara menyeluruh.
![Tujuh maut dipanah petir di Yaman Tujuh maut dipanah petir di Yaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694877763_Lightning.jpg)
Tujuh maut dipanah petir di Yaman
Mangsa terdiri daripada enam wanita dan seorang lelaki dari daerah Al-Luhayyah dan Az-Zuhrah di bahagian utara wilayah itu.
![Tujuh maut akibat di panah petir di Bengal Barat, India Tujuh maut akibat di panah petir di Bengal Barat, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666186390_RIBUTPETIR.jpg)
Tujuh maut akibat di panah petir di Bengal Barat, India
Tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak maut akibat di panah petir dalam dua kejadian di Bengal Barat di timur India.
![Penternak berputih mata, tujuh lembu mati dipanah petir Penternak berputih mata, tujuh lembu mati dipanah petir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669532963_lembut.jpg)
Penternak berputih mata, tujuh lembu mati dipanah petir
Kejadian seumpama itu kali pertama berlaku sejak Ablah Mat Isa mengusahakan ternakan lembu 20 tahun lalu.
![Lelaki ditemui maut akibat dipanah petir Lelaki ditemui maut akibat dipanah petir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626079174_Lightining.jpg)
Lelaki ditemui maut akibat dipanah petir
Punca kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemui terbaring di lorong belakang sebuah pasar raya di Mentakab disahkan akibat terkena petir.
![Hampir 70 maut disambar petir di India Hampir 70 maut disambar petir di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626079174_Lightining.jpg)
Hampir 70 maut disambar petir di India
Hujan lebat dan petir yang melanda Uttar Pradesh, Rajasthan dan Madhya Pradesh mengorbankan hampir 70 orang serta mencederakan ramai yang lain dalam tempoh 24 jam, kata pegawai pada Isnin.
![Polis Kelantan nafi kereta meletup kerana serangan dron Polis Kelantan nafi kereta meletup kerana serangan dron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621761226_mercun.jpg)
Polis Kelantan nafi kereta meletup kerana serangan dron
Punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan Unit Bom Bukit Aman dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.
![Dua rakan maut dipanah petir Dua rakan maut dipanah petir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619395020_Duarakanmautdipan.jpg)
Dua rakan maut dipanah petir
Sebelum kejadian, dua mangsa terbabit dikatakan berteduh di bawah pokok di tepi kolam itu ketika hujan lebat disusuli dengan petir.