awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dipercayai terhidu gas daripada tong simpanan ikan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
27/04/2019
12:10 MYT
Lelaki maut dipercayai terhidu gas daripada tong simpanan ikan
Pasukan Hazmat BBP Kota Kinabalu sedang menjalankan operasi di lokasi kejadian di Jalan Lubok Poring-Company Kaya Shipyard, Sepanggar, Kota Kinabalu, petang Sabtu.
Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala rakannya kritikal selepas terhidu gas beracun yang dipercayai berpunca daripada tong simpanan ikan lama dalam kejadian di Jalan Lubok Poring-Company Kaya Shipyard, Sepanggar, Kota Kinabalu, pada Sabtu.
Dalam kejadian itu Hasril La Ridi, 42, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang hanya dikenali sebagai Eni, 31, kritikal dan kini ditempatkan di wad kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan lanjut.
Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban dalam kenyataan medianya hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.03 tengah hari tadi berhubung insiden tersebut sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.
"Sepasukan anggota daripada Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, kemudiannya digegaskan ke tempat kejadian untuk tindakan lanjut.
"Menurut laporan, setibanya pasukan bomba, didapati ada dua lelaki terbaring dan disyaki pengsan selepas difahamkan terhidu gas ketika membuka tong simpanan ikan lama di lokasi kejadian.
" Seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala seorang lagi mangsa dilaporkan kritikal dan telah dibawa ke hospital menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Jelas beliau, mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Tambah Khatizah, pasukan Hazmat yang bertugas kemudiannya menjalankan operasi mengenal pasti jenis gas beracun mendapati tidak terdapat sebarang tanda gas amonia dilaporkan di lokasi terbabit.
Beliau berkata, jenis gas yang terbabit masih belum dapat dikenal pasti bomba dan operasi itu tamat sepenuhnya pada jam 1.30 petang.
Topic Berkaitan
#gas maut
#hasril la ridi
#Kota Kinabalu
#lelaki maut
#tong simpanan ikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan