JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dipercayai pekerja pembinaan jalan raya maut dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang membaiki jalan di Jalan Senibong, awal pagi ini.
Komander Operasi dari Balai dan Bomba Penyelamat ( BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Shafie Md Don berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.35 pagi, sembilan anggota bersama sebuah jentera FRT dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Perodua Alza yang terbabas merempuh seorang pekerja yang bertugas membaiki jalan.
"Pemandu berusia 52 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa yang dilanggar tersepit di bawah kereta dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia merupakan warga asing namun tidak diketahui identitinya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 28 2024
Seorang lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna ketika sedang membaiki jalan di Jalan Senibong, Johor Bahru, awal pagi ini. - Foto Bomba/Sinar Harian
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Lelaki maut dirempuh MPV ketika baiki jalan
Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Perodua Alza yang terbabas merempuh seorang pekerja yang bertugas membaiki jalan.