Lelaki maut ditembak di stesen minyak antara individu dikehendaki polis

Seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang, Jumaat lalu. -Foto fail/Sinar Harian
KLANG: Lelaki yang maut ditembak dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang, Jumaat lalu dipercayai berada dalam senarai dikehendaki pihak polis.
Ringkasan AI
- Mangsa yang maut ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi, Klang, dipercayai dalam senarai kehendak polis dengan rekod jenayah SOSMA.
- Ketua Polis Selangor menyatakan siasatan meneliti latar belakang mangsa serta kemungkinan kaitan dengan kumpulan haram.
- Tujuh individu telah memberikan keterangan kepada polis berkenaan insiden tembakan yang mengakibatkan kematian lelaki tersebut.
"Mangsa memiliki pelbagai rekod jenayah termasuk di bawah SOSMA," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.
Katanya, siasatan dijalankan turut menjurus kepada pelbagai aspek termasuk latar belakang mangsa.
"Polis turut menyiasat meliputi semua sudut termasuk kemungkinan penglibatan kumpulan haram dalam insiden ini.
"Setakat ini, tujuh individu telah dirakam keterangan melibatkan saksi kejadian di stesen minyak berkenaan," katanya.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa ditembak beberapa kali di bahagian dada dan perut.
"Jenazah mangsa telah diserahkan kepada keluarga selepas bedah siasat dijalankan sebelum ini," katanya.
Terdahulu, suasana gempar di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi apabila seorang lelaki ditembak beberapa kali oleh individu menaiki motosikal, Jumaat lalu.
Video kejadian yang tular memaparkan ketika kejadian, mangsa berdiri di sebelah kereta sebelum seorang wanita yang memandu kenderaan berkenaan masuk ke stesen minyak.
Tiba-tiba dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal menghampiri dari arah hadapan sebelum pembonceng melepaskan tembakan ke arah mangsa.
Akibat itu, mangsa didapati rebah sebelum kedua-dua lelaki yang menunggang motosikal itu meninggalkan lokasi kejadian. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapakah lelaki yang ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi, Klang, dipercayai berada dalam senarai dikehendaki pihak polis? A: Lelaki tersebut dipercayai berada dalam senarai dikehendaki pihak polis kerana beliau memiliki rekod jenayah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan dikatakan merupakan antara individu yang dikehendaki.
- Q: Apakah yang didapati hasil bedah siasat mengenai kecederaan yang dialami oleh mangsa dalam insiden tersebut? A: Hasil bedah siasat mendapati mangsa ditembak beberapa kali di bahagian dada dan perut.
- Q: Berapakah jumlah individu yang telah dirakam keterangan oleh polis berkaitan kejadian di stesen minyak Bukit Tinggi? A: Sebanyak tujuh individu telah dirakam keterangan oleh polis berkaitan kejadian di stesen minyak Bukit Tinggi yang melibatkan saksi kejadian di lokasi tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

