awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditetak di hadapan pusat hiburan di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/05/2019
10:58 MYT
Lelaki maut ditetak di hadapan pusat hiburan di Ipoh
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu, dipercayai diserang empat lelaki bersenjatakan parang. - Foto polis
Seorang lelaki maut selepas cedera parah akibat ditetak dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan di hadapan sebuah pub di Bandar Baru Medan Ipoh, di sini, pada Ahad.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu, dipercayai diserang empat lelaki bersenjatakan parang.
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, pergaduhan dipercayai bermula dalam pub sebelum berlarutan hingga ke luar pub.
“Kejadian berlaku semasa mereka berhibur dan mabuk. Pergaduhan berlarutan hingga ke kawasan luar pub melibatkan penggunaan senjata parang,” katanya.
Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat beberapa kesan tetakan pada tubuh mangsa.
Menurut Mohamad Nordin, polis kini sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes terbabit.
Topic Berkaitan
#Bandar Baru Medan Ipoh
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#lelaki bersenjatakan parang
#maut ditetak
#pergaduhan
#pusat hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan