Seorang lelaki maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 23 sebuah bangunan apartmen di Meru, Ipoh pada Rabu.
Mangsa, warga tempatan berusia 55 tahun ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah berhampiran laluan keluar kawasan tempat letak kenderaan apartmen itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada 11.55 pagi.
"Kita dapati di dalam rumah tu ada seorang perempuan dalam keadaan yang mabuk. Apabila kita (polis) minta dia buka pintu itu, agak sukar sebabkan keadaannya yang mabuk.
"Apabila kita telah berjaya dapat buka, kita bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan. Siasatan lanjut masih sedang kita jalankan sebab siasatan pihak forensik juga dijalankan. Cuma kita menjumpai ada kerusi di beranda luar apartmen ini," ujar A. Asmadi.
Beliau ditemui di tempat kejadian pada Rabu.
Menurutnya, mangsa difahamkan telah diberhentikan kerja beberapa bulan lalu dan berada dalam keadaan tertekan.
Mayat mangsa dibawa Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) untuk bedah siasat.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Nov 13 2019
Mangsa, warga tempatan berusia 55 tahun ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah berhampiran laluan keluar kawasan tempat letak kenderaan apartmen itu. - Astro AWANI
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Bayi perempuan 11 bulan maut terjatuh dari tingkat 3
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga Projek Perumahan Rakyat Sri Aman di sini pada Ahad.
Lelaki maut jatuh dari tingkat 23 bangunan
Mangsa itu ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah berhampiran laluan keluar kawasan tempat letak kenderaan apartmen berkenaan.