awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kereta dipandu langgar pokok

Sinar Harian
Sinar Harian
21/08/2022
22:45 MYT
Lelaki maut kereta dipandu langgar pokok
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 14 Jalan Muar-Yong Peng, Batu Pahat pada Ahad. -Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas melanggar sebatang pokok di Kilometer 14 Jalan Muar-Yong Peng di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota dari Balai Polis Sri Medan menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 2.30 petang.
Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku pada jam 2.08 petang semasa mangsa, Mohd Nasir Ahmad, 36, memandu dari arah Yong Peng ke Sri Medan.
"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mangsa yang tersepit telah dikeluarkan dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari BBP Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafiz Othman berkata, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan ini melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan operasi tamat pada jam 2.36 petang," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Nasir Ahmad
#kereta langgar pokok
#Jalan Muar-Yong Peng
#Ismail Dollah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan