JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang di hadapan Istana Pasir Pelangi, di sini, pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, siasatan mendapati lelaki berusia 27 tahun itu memandu kereta seorang diri ketika kemalangan berlaku.
“Kejadian melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang menaiki Mitsubishi Lancer seorang diri dari arah Permasjaya ke arah Johor Bahru.
“Kereta yang dipandunya kemudian terbabas dan melanggar tiang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Punca kemalangan juga masih dalam siasatan,” katanya.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HAS), untuk bedah siasat.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Firdaus Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 8.26 malam.
Katanya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan tiga unit bermotor bomba (RIM) dengan 14 anggota dari BBP Larkin telah dihantar ke lokasi.
“Kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer yang telah melanggar tiang di bawah jambatan.
“Bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa, bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 13 2023
Keadaan kereta Mitsubishi Lancer yang melanggar tiang di bawah jambatan dalam kemalangan di hadapan Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru semalam. - Foto Ihsan BBP Larkin/Sinar Harian
2,390 prospek berjaya keluar dari status 'buta huruf'
Seramai 2,390 daripada 2,656 prospek (penghuni penjara) berjaya dikeluarkan daripada status 'buta huruf' menerusi Program Literasi dan Numerasi (LINUS).
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
Skim tanaman semula sawit cecah RM45 juta, meliputi 6,724 hektar - MPOB
Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.
BN tak pernah benarkan mana-mana pihak guna nama, lambang dacing
Barisan Nasional (BN) tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama gabungan itu atau lambang daging tanpa merujuk kepada Dewan Tertinggi BN.
Wanita warga emas dibelit ular sawa selama dua jam, selamat
Seorang wanita warga emas di Bangkok berdepan detik mencemaskan selepas seekor ular sawa sepanjang lima meter menyerang dan membelit tubuhnya.
Rakyat Australia dinasihat tinggalkan Lubnan
Kerajaan Australia mengulangi amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Lubnan berikutan letupan peranti komunikasi, lapor Xinhua.
Jumlah korban, mangsa hilang di Myanmar meningkat
Jumlah korban akibat Taufan Yagi di Myanmar kini mencecah 268 orang dengan 88 orang masih hilang, menurut pihak junta.
Tokyo tuntut penjelasan China
Jepun menuntut penjelasan daripada China berhubung kematian seorang pelajar berusia 10 tahun yang ditikam dalam serangan di serangan di bandar Shenzhen, Selatan China.
Majoriti penduduk Singapura sokong pelaksanaan hukuman mati jenayah berat
Hasil tinjauan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) 2023 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan kebanyakan penduduk di negara ini menyokong pelaksanaan hukuman mati bagi jenayah berat.
Lelaki maut kereta dipandu langgar tiang bawah jambatan
Siasatan Polis Daerah Johor Bahru Selatan mendapati lelaki berusia 27 tahun itu memandu kereta seorang diri ketika kemalangan berlaku.
Dua pemuda maut, tiga cedera, kereta terbabas langgar tiang
Mangsa dikenali sebagai Muhamad Faris Amran, 20 tahun, dan Syed Umar Syazrim Syed Hashim, 22 tahun.