NATIONAL
Lelaki maut kereta dipandu terlibat nahas dengan lori di Rembau

Shaik Abd Kadar berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar FB Nor Azitah MD Arif
REMBAU: Seorang lelaki maut setelah kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 242 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Rembau Supt Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala.
Beliau berkata siasatan mendapati nahas berlaku apabila lori yang membawa muatan batu konkrit dari Senawang menghala ke Ayer Keroh terbabas ke pembahagi jalan sehingga mengheret dan menghimpit Perodua Myvi dipandu mangsa setelah cuba mengelak sebuah kereta di hadapan yang berhenti mengejut.
"Pada masa yang sama, terdapat sebuah lagi lori dari Ayer Keroh menghala ke Senawang terbabas ke kiri jalan akibat mengelak batu konkrit yang tercampak di laluannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Shaik Abd Kadar berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata pemandu lori membawa muatan batu konkrit yang berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan di dada dan kaki manakala seorang lagi pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami