awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kereta terhumban dalam parit

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
02/06/2019
06:12 MYT
Lelaki maut kereta terhumban dalam parit
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam parit berhampiran SMK Sadong Jaya pada pagi Ahad. - Ihsan JBPM Sarawak
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam parit berhampiran SMK Sadong Jaya di sini, pagi Ahad.
Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat insiden pada jam 7.59 pagi dan sebuah jentera dan ambulans EMRS dengan kekuatan 10 anggota segera diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan.
"Berdasarkan maklumat awal, kita dimaklumkan terdapat dua mangsa berbangsa Cina terlibat dalam kemalangan tersebut.
"Setiba di lokasi pada jam 8.38 pagi, mangsa lelaki yang identitinya dikenal pasti sebagai Tan Kuan Soon, 59, didapati tersepit di bahagian pemandu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.
Anggota Bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit. - JBPM Sarawak
Anggota Bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit. - JBPM Sarawak
"Pasukan kita kemudian berjaya mengeluarkannya dengan menggunakan peralatan rescue tools.
"Mangsa wanita yang dipercayai isterinya pula, diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke Klinik Asajaya oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam untuk rawatan selanjutnya," katanya.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, tambahnya.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Kota Samarahan
#SMK Sadong Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan