awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, motosikal hilang kawalan di selekoh

Sinar Harian
Sinar Harian
08/12/2021
02:17 MYT
Lelaki maut, motosikal hilang kawalan di selekoh
Keadaan motosikal ditunggangi mangsa yang terbabit nahas dan berlanggar dengan sebuah kereta serta lori pada petang Selasa. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 42.3 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku pada jam 2.45 petang, ketika mangsa, Abd Fatah Syukri Abd Ghani, 32, dari Bukit Tinggi dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, ketika melalui jalan itu, motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan di satu selekoh dan berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Myvi.
"Motosikal mangsa kemudian melanggar penghadang besi di bahagian belakang tayar kanan sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit.
"Akibat kemalangan itu, mangsa terpelanting di tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sehubungan itu, Zaiham meminta kerjasama daripada orang ramai yang melihat kejadian terbabit tampil bagi membantu siasatan.
Katanya, jika terdapat sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bentong, Asisten Superintendan Zulkifli Yahaya.
"Kita nasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu dan menunggang kenderaan dengan berhati-hati dan secara berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#maut
#hilang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan