awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, Myvi terperosok bawah lori lima tan

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
11/01/2018
06:29 MYT
Lelaki maut, Myvi terperosok bawah lori lima tan
Seorang lelaki maut apabila kenderaan Perodua Myvi yang dipandunya terperosok di bawah lori lima tan.- Foto Astro AWANI
Seorang lelaki maut apabila kenderaan Perodua Myvi yang dipandunya terperosok di bawah lori lima tan dalam kemalangan di Kilometer 225 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang arah Utara pada pagi Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Pegawai Bomba Kanan II Izuan Che Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden membabitkan Perodua MyVi dan lori lima tan itu sekitar 7 pagi dan segera ke lokasi.
Jelasnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pasukan penyelamat mendapati kereta Myvi itu telah merempuh bahagian belakang lori yang dipercayai berhenti di tepi lebuhraya.
"Pasukan bomba mendapati seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Izuan berkata anggota Bomba Taiping dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar telah berjaya mengeluarkan mangsa serta menyerahkan kes kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
"Operasi tamat sepenuhnya sekitar 8.10 pagi," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#bukit gantang
#Ipoh
#kemalangan
#Lebuhraya Utara Selatan
#maut
#Perodua Myvi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan