NILAI: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Rawa Hilir, Lenggeng di sini, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mangsa Mohamad Iskandar Abdollah Zawawi, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss seorang diri.
"Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun hilang kawalan lalu terjatuh di laluan bertentangan.
"Ketika itu terdapat sebuah lori dalam perjalanan dari arah Sepang, Selangor menghala ke Pantai gagal mengelak dan melanggar motosikal mangsa" katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 46 tahun tidak cedera.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi tujuan bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 27 2022

Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Rawa Hilir, Lenggeng di Nilai, pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

Badminton: Kean Yew tidak tertekan dengan hasrat Zii Jia rampas kejuaraan dunia
Penyandang juara dunia perseorangan lelaki Loh Kean Yew sedar ramai pesaingnya termasuk Lee Zii Jia menyasarkan untuk menumpaskannya.

Wanita cedera tangan tersepit mesin tebu
Seorang peniaga mengalami kecederaan serius pada tangan kiri selepas tersepit mesin tebu di Kampung Sungai Itik, di sini pada Isnin.

Suspek bunuh pelajar perempuan tingkatan empat di Klang direman - Polis
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan seorang remaja perempuan yang ditemukan maut di hadapan rumah dekat Kampung Idaman, Pandamaran semalam.

Kerajaan terus subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi
Kerajaan sanggup menanggung subsidi dalam jumlah besar iaitu sehingga RM77.3 bilion yang diunjurkan tahun ini bagi menstabilkan harga barang serta mengelakkan kadar inflasi melonjak.

Nahas | Tiga maut dalam rempuhan kereta api di California
Tiga terbunuh apabila kereta api amtrak merempuh sebuah kereta di California pada Ahad. Nahas dilaporkan berlaku jam satu tengah hari di Brentwood, kira-kira sejam pemanduan ke Tenggara San Francisco.

Gangguan Tenaga | Warga Jepun diminta menjimatkan penggunaan elektrik
Kerajaan Jepun menyeru warganya untuk menjimatkan pengunaan tenaga elektrik bagi berdepan kemungkinan berlaku kekurangan tenaga di negara itu. Amaran mengenai kemungkinan berlaku gangguan kuasa dikeluarkan pada Ahad oleh jurucakap Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.

Pelancaran Roket | NASA lancar roket suborbital di Australia
Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) melancarkan sebuah roket suborbital dari dari Pusat Angkasa Arnhem di Wilayah Utara Asutralia awal pagi Isnin. Ia merupakan roket pertama dilancarkan di negara itu dalam tempoh 27 tahun.

Pelajar tingkatan empat disyaki ditekup bantal hingga mati oleh kekasih
Suspek membawa mangsa ke bilik rumahnya dan berlaku perselisihan faham sebelum suspek dipercayai telah menyebabkan kematian mangsa.

Pensyarah kanan didakwa salah guna dana projek penyelidikan, palsukan invois
Seorang pensyarah kanan didakwa atas lima pertuduhan menyalahgunakan dana projek penyelidikan bernilai RM32,000 dan satu pertuduhan menggunakan invois palsu bernilai RM10,100, lima tahun lepas.

AWANI Ringkas: Prosiding bela diri Ahmad Zahid | Hakim tegur Guan Eng
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki maut nahas motosikal, lori
Mohamad Iskandar Abdollah Zawawi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala.