awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut terbabas selepas langgar ular sawa

Sinar Harian
Sinar Harian
11/02/2024
10:31 MYT
Lelaki maut terbabas selepas langgar ular sawa
Pasukan bomba membantu mangsa nahas yang terbabas akibat terlanggar seekor ular sawa di Tapah. - Foto JBPM
TAPAH: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas akibat terlanggar seekor ular sawa di Kilometer 311.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, maklumat awal kemalangan diterima pada jam 5.38 pagi melibatkan kereta jenis Honda Civic Hatchback.
Menurutnya, kereta yang dipandu mangsa berusia 36 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Taiping.
"Setibanya di lokasi, kereta mangsa telah terbabas akibat terlanggar seekor ular yang berada di laluannya.
"Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohd Naim berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Faizan Ahmad@Mohammed Razikin di talian 013-2087919.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki maut
#terlanggar ular sawa
#Lebuhraya Utara-Selatan
#Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan