Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Sarikei dan Sibu kini berada dalam enam lokasi "berbahaya" di Sarawak

Sumber: BERNAMA
Situasi jerebu terus memburuk di Sarawak apabila dua lagi kawasan berada dalam kategori "berbahaya." - Gambar fail/ Bernama
Advertisement

KUCHING: Situasi jerebu terus memburuk di Sarawak apabila dua lagi kawasan berada dalam kategori "berbahaya."

Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), stesen IPK Serian mencerap 411, Kuching (407), Samarahan (370) dan Sri Aman (358).

Dua kawasan baharu yang berada dalam senarai merah ialah Sarikei 330 dan Sibu (304).

Sementara itu tiga kawasan di Sarawak merekodkan situasi amat tidak sihat iaitu Mukah 232), Bintulu (226) dan Samalaju (221).

Manakala empat stesen di utara Sarawak kini berada dalam kategori tidak sihat iaitu ILP Miri 186, Miri (179), Kapit (177) dan Limbang (166).

Ketika berita ini ditulis, hampir seluruh Sarawak telah mengalami situasi jerebu selain panas dan kering.

Difahamkan antara yang terjejas termasuklah beberapa lapangan terbang dan stolport, yang menyebabkan ada penerbangan perkhidmatan luar bandar terpaksa ditunda dan dibatal.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa air di Sarawak turut diatur gerak untuk membantu kawasan-kawasan yang terjejas air akibat keadaan kering.

Must Watch Video

Advertisement