awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut tercampak dari kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2021
22:04 MYT
Lelaki maut tercampak dari kereta
Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Perdana dinaikinya terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Kuala Perlis-Changlun berhampiran kilang papan pada Selasa. - Foto Sinar Harian
ARAU: Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita cedera apabila kereta jenis Proton Perdana dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Kuala Perlis-Changlun berhampiran kilang papan pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, dalam kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 malam, pemandu kereta, Amirul Syawal Arshad, 29, maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan.
Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa yang menaiki kereta bersama penumpang, Marlisukarni Ahli, 42, datang dari arah Kuala Perlis menuju ke Bukit Kayu Hitam.
"Mangsa yang tercampak ditemui dalam parit oleh pihak bomba, manakala penumpang yang cedera telah keluar dari kereta melalui tingkap.
"Penumpang itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Nahas
#langgar pokok
#maut
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan