awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut tercampak keluar dari treler

Sinar Harian
Sinar Harian
18/07/2023
04:05 MYT
Lelaki maut tercampak keluar dari treler
Seorang pemandu maut selepas treler dipandunya terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 71.6 Lebuhraya Utara Selatan, Kluang, pada malam Isnin. - Foto IPD Kluang/Sinar Harian
KLUANG: Seorang lelaki maut tercampak keluar dari treler dipandunya selepas hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 71.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada jam 9.44 malam itu mengakibatkan mangsa dikenali sebagai Zulkifli, 54, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Hasil siasatan mendapati treler dipandu mangsa datang dari arah Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan serta melanggar pokok di sebelah kiri jalan.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan keadaan treler remuk teruk pada bahagian hadapan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Penguasa Bomba Mohd Nizar Ma'mun berkata, seramai 12 anggota dari BBP Renggam dan BBP Ayer Hitam dikejarkan ke tempat kejadian.
"Operasi tersebut dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT). Mangsa yang tercampak keluar dari treler disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di tempat kejadian.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 10.20 malam," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#treler
#Lebuhraya Utara Selatan
#treler langgar pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan