awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut terhidu asap daripada sistem audio kereta terbakar

Bernama
Bernama
28/10/2014
07:57 MYT
Lelaki maut terhidu asap daripada sistem audio kereta terbakar
Mangsa pengsan dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Seorang lelaki maut dipercayai akibat terhidu asap berlebihan selepas sistem audio kereta yang dipandu rakannya terbakar di Lebuh Chulia di sini tengah malam tadi.
Dalam kejadian pukul 12.42 tengah malam itu, Abdul Rahim Md Nor, 63, pengsan dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) 3 pagi ini.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Mohd Suhaimi Abdullah berkata kebakaran kecil dipercayai berpunca daripada sistem audio dalam kereta jenis Jaguar itu yang pada mulanya mengeluarkan percikan api.
"Ketika kami sampai, pemandu kereta berusia 50-an itu sedang cuba mengeluarkan rakannya yang telah pengsan di tempat duduk penumpang...kebakaran itu tidak begitu serius," katanya ketika dihubungi.
Seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata Abdul Rahim yang menghidap sakit jantung keluar daripada rumah mereka di Bukit Jambul, di sini kira-kira pukul 11 malam untuk bertemu rakannya.
"Doktor kata arwah mengalami serangan jantung selepas kejadian, dia juga dikatakan sesak nafas sehingga terpaksa diberi bantuan pernafasan selepas dikeluarkan daripada kereta," kata wanita itu ketika ditemui di Jabatan Forensik HPP di sini.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Md Nor
#Asap
#audio kereta
#Jaguar
#Lebuh Chulia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan