awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut tersepit dalam jengkaut terbalik di lereng bukit

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/07/2024
10:50 MYT
Lelaki maut tersepit dalam jengkaut terbalik di lereng bukit
Pasukan bomba menggunakan peralatan hidrolik dan gergaji bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Gambar/ JBPM
PENGKALAN HULU: Seorang lelaki maut selepas tersepit apabila jengkaut dikendalikannya terbalik di lereng bukit di sebuah lombong bijih timah di Klian Intan, dekat sini, hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Lum Kok Hon, 56, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.56 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah jengkaut (excavator) terbalik di tepi lereng bukit, terdapat seorang mangsa telah tersepit disahkan maut oleh pihak perubatan, selepas kerja-kerja menyelamat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, pasukan bomba menggunakan peralatan hidrolik dan gergaji bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (TBK) Mohd Rizal Sazali tamat sepenuhnya pada jam 3.15 petang.
Topic Berkaitan
#jengkaut terbalik
#lombong bijih timah
#Perak
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan