awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut tersepit, dua cedera dalam kemalangan di KLIA

Bernama
Bernama
01/10/2016
13:57 MYT
Lelaki maut tersepit, dua cedera dalam kemalangan di KLIA
Keadaan kereta Myvi remuk setelah dirempuh sebuah lori yang meragut nyawa serang lelaki dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan dua buah kereta di Jalan Pekeliling 4 menghala ke Kompleks Kargo KLIA, pada Sabtu. -Bernama
Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan termasuk sebuah lori di Jalan Pekeliling 4, menghala ke Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira 2 petang itu, Shafik Shazwan Ramli, 32, berasal dari Shah Alam, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam Perodua Myvi yang dipandunya.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA ketika dihubungi Bernama berkata kereta yang dipandu mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah lori seberat 1.5 tan sehingga menyebabkan kereta mangsa merempuh sebuah lagi kereta Perodua Axia.
"Pihak kami mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit untuk memotong bahagian depan MyVi bagi mengeluarkan mayat yang tersepit di tempat duduk pemandu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya, pemandu dan penumpang Axia hanya cedera ringan manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. -Bernama
Topic Berkaitan
#Jalan Pekeliling 4
#kemalangan maut
#KLIA
#Kompleks Kargo
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
#Shafik Shazwan Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan