BENTONG: Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam treler muatan pasir yang terbabas ke dalam gaung setinggi kira-kira 10 meter di Kilometer (KM) 43 Lebuhraya Karak-Bukit Tinggi di sini hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Hasrul Abdul Halim, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 3.45 pagi.
"Seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama tiga buah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.
"Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu menggunakan peralatan hidraulik dan tali," kata beliau dalam kenyataan pada Selasa.
Ujar beliau, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.44 pagi dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 27 2023
Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam treler yang terbabas ke dalam gaung di KM43 Lebuhraya Karak-Bukit Tinggi awal pagi ini. - Foto ihsan JBPM
Sultan Selangor, Raja Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul
Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam agar terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunah-sunah baginda.
Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir
Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
Sambutan Hari Malaysia di Bagas Zakariah imbau nostalgia zaman dahulu
Pengunjung yang hadir berbusana tahun 50-an dan 60-an disajikan dengan pertunjukan wayang pacak dan diberi peluang menyertai joget lambak.
Darah satria mendiang bapa mengalir dalam badan Indiran
Indiran juga berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk menjadi seorang pegawai tentera seperti bapanya.
PDRM, agensi penguat kuasa perlu tegas kenal pasti kegiatan penunggang agama
Ketegasan penting bagi memastikan gerakan subversif yang boleh memberikan ancaman terhadap akidah umat Islam di negara ini tidak berkembang.
Perbezaan pendapat perlu ditangani dengan adab terbaik - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata pada ketika menyambut Maulidur Rasul tahun ini, umat Islam diingatkan untuk menangani perbezaan pendapat dalam masyarakat dan organisasi dengan adab yang terbaik.
Umat Islam diseru perkukuh ukhwah, elak perselisihan
Ahmad Zahid berkata, ini kerana Malaysia sering dilihat sebagai contoh oleh dunia terutama dalam membawa suara Palestin.
Fuziah Salleh dilantik Setiausaha Agung PKR, ganti Saifuddin Nasution
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta merta, bagi menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Syarat seperti yang difikirkan kerajaan, terserah pembangkang terima atau tidak - Ahmad Zahid
Kerajaan menyerahkan kepada pembangkang sepenuhnya untuk membuat ketetapan berhubung dua draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
Peserta Himpunan RXZ maut digilis treler
Seorang peserta himpunan pemilik motosikal Yamaha RXZ maut digilis sebuah treler selepas terjatuh daripada motosikal yang ditungganginya.
Lelaki maut tersepit, treler jatuh gaung 10 meter
Mohamad Hasrul disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas KKM.